Logo Rentak Gema RENTAK GEMA

OBJEKTIF

OBJEKTIF GEMA PARIT JAWA ULU

Memartabatkan warisan seni kompang Melayu sebagai identiti budaya masyarakat tempatan yang perlu dipelihara dan diteruskan oleh generasi muda.

Menggalakkan penyertaan belia dan penduduk kampung dalam aktiviti seni dan kebudayaan bagi memperkukuh perpaduan komuniti.

Membentuk disiplin, kerjasama dan semangat berpasukan melalui latihan dan persembahan kompang secara berkala.

Menjadikan GEMA sebagai platform latihan dan pembangunan bakat, khususnya dalam bidang muzik tradisional dan persembahan budaya.

Mewujudkan jalinan kerjasama dengan agensi, sekolah dan komuniti setempat bagi memperluas pengaruh serta pengiktirafan seni kompang Melayu di peringkat daerah dan negeri.